Saturday, March 10, 2012

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM NADWAH ISLAMIAH IPMa 2012

Tempat : Dewan Besar Kolej MARA Banting
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Majlis perasmian penutup Program Nadwah Islamiah IPMa 2012 telah disempurnakan oleh jemputan kehormat En.Abd Rahim bin Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA.Tibalah saat yang dinanti-nantikan iaitu pengumuman rasmi pemenang-pemenang pertandingan yang berlnagsung sepanjan Program Nadwah Islamiah IPMa 2012.
Majlis juga telah diserikan lagi dengan persembahan nasyid kumpulan Irsyad daripada Sekolah Agama Tengku Ampuan Rahimah.

KEPUTUSAN AKHIR PERTANDINGAN


Berikut merupakan senarai pemenang-pemenang bagi setiap pertandingan yang berlangsung bersempena Program Nadwah Islamiyah IPMa 2012 sepanjang 4 hari ini :


KEPUTUSAN PERTANDINGAN-PERTANDINGAN NADWAH 2012
      KEPUTUSAN PERTANDINGAN NASYID
KEPUTUSAN TERAKHIR
NAMA KUMPULAN
MARKAH KESELURUHAN
1
KPM INDERA MAHKOTA
226
2
KPM BERANANG
215
3
KOLEJ MARA BANTING
194

2     KEPUTUSAN PERTANDINGAN MEMASAK
KEPUTUSAN TERAKHIR
NAMA KUMPULAN
MARKAH KESELURUHAN
1
KOLEJ MARA SEREMBAN
90
2
KPM BANDAR PENAWAR
84.6
3
KPM SRI ISKANDAR
83.3

3     KEPUTUSAN PERTANDINGAN IMAM MUDA
KEPUTUSAN TERAKHIR
NAMA KUMPULAN
MARKAH KESELURUHAN
1
KPM BANDAR PENAWAR
267
2
KOLEJ MARA BANTING
263
2
KOLEJ MARA KUALA NERANG
263
Ø  No. 2 KOLEJ MARA KUALA NERANG
Ø  No. 3 KOLEJ MARA BANTING

      KEPUTUSAN PERTANDINGAN SYARAHAN AGAMA
KEPUTUSAN TERAKHIR
NAMA KUMPULAN
MARKAH KESELURUHAN
1
KPM BERANANG
88
2
KOLEJ MARA KULIM
85
3
KOLEJ MARA BANTING
84

      KEPUTUSAN PERTANDINGAN DOKUMENTARI
KEPUTUSAN TERAKHIR
NAMA KUMPULAN
MARKAH KESELURUHAN
1
KOLEJ MARA BANTING
219
2
KPM SERI ISKANDAR
198
3
KM KUALA NERANG
195
Tahniah diucapkan kepada semua kontinjen keranan telah memberikan yang terbaik sepanjang program ini berlangsung.


Pertandingan Dokumentari

Tepat pada pukul 9.00 malam bertempat di Dewan Besar telah diadakan pertandingan dokumentari  video pendek bagi setiap kontinjen.Video pendek tersebut haruslah berkisarkan tempat-tempat yang telah mereka lawati dan meluangkan masa selama lebih kurang tujuh jam untuk melakukan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.Kemudian, wakil dari setiap kontinjen harus mengulas kembali video yang telah mereka sunting serta menjawab beberapa soalan yang telah diajukan oleh jemputan khas bagi pertandingan tersebut.Jemputan khas tersebut terdiri daripada wakil ASA Vision iaitu Luqman Al-Jefri bin Talib dan Encik Maz Irwan bin Mohd.Azami dari ASWARA.

Antara penyertaan yang menarik perhatian :

1) Kolej Professional MARA Bandar Melaka (Rumah Anak Yatim Sg.Manggis)
Mereka menyampaikan video yang penuh emosi.

2) Kolek Professional MARA Seri Iskandar (Perusahaan Kerepek Umi)
Walaupun video yang telah disiarkan agak ringkas tapi mempunyai penuh mesej bermakna.

3) Kolej MARA Kulim (Rumah Anak Yatim Baitussakinah Kota Warisan)
Video yang mereka hasilkan berjaya mengusik hati penonton di dewan.

4)Kolej MARA Banting
Video yang sarat dengan mesej keinsafan.

Antara video yang ditayangkan :

Video dari Kolej MARA Seremban.



10 MAC 2012 (Sabtu) - Program Sehari Bermasyarakat

Seawal 8.00 pagi, semua peserta program Nadwah Islamiah dikehendak berkumpul di Dewan Besar untuk mendengar taklimat program berkaitan 'Sehari Bermasyarakat'.Mereka dipecahkan kepada dua belas kumpulan dan masing-masing dikehendaki untuk berkhidmat di tempat yang berlainan iaitu :


Senarai pusat dan tempat adalah seperti berikut :

1.   KPW Labohan Dagang
2.   Perusahaan Kerepek Umi
3.   Tadika Kemas
4.   Rumah Anak Yatim Sg. Manggis
5.   Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat
6.   Pusat Jahitan Kemas
7.   Puspen AADK
8.   Perusahaan Cendawan
9.   Rumah Anak Yatim Kanchong
10. Baitu Sakinah Kota Warisan
11. Tadika Kota Warisan
12. Dewan Serbaguna Kota Warisan
13. Putrajaya (Presint 8)

Para peserta bersiap sedia untuk menaiki bas menuju ke destinasi yang telah ditetapkan.
Mengira peserta mencukupi di dalam bas dan segala keperluan untuk kerja kemasyarakatan dipastikan dibawa bersama. 
Tiba di destinasi pertama : KPW Labohan Dagang
Perusaha KPW Labohan Dagang memberikan penerangan dan taklimat kepada para peserta.
Hasil kraftangan di oleh para wanita di KPW Labohan Dagang
Bunga yang diperbuat daripada daun pisang yang telah dikeringkan.
Perusaha menunjukkan cara-cara menghasilkan bunga hiasan.
Para peserta tekun meneliti cara-cara agar tidak terdapat kesilapan semasa membuat praktikal.
Langkah awal membuat kerepek : Mengutip ubi dan keledek.
Aksi-aksi peserta semasa kerja-kerja mengutip ubi dan keledek.
Peserta sedang membersihkan ubi yang telah dikupas.
Take Five ! Berhenti bergambar seketika :) 
Perusahaan Cendawan : Peserta sedang memasukkan tanah kompos ke dalam plastik untuk proses pertumbuhan cendawan.
Sungguh tekun dan berhati-hati para peserta menjalan kerja-kerja mereka.
Cendawan telah tumbuh ! Sungguh cantik ciptaan Allah . Subhanallah :)
Tempat penyimpanan dan penumbuhan cendawan .
Peserta melakukan kerja penanaman pula .
Menaburkan pasir kan kompos yang bersesuaian sebelum kerja penanaman dilakukan.


Tempat seterusnya : Pusat Jahitan Kemas . Pengajar memberikan tunjuk ajar dan membuat pemantauan pada hasil jahitan para peserta.
Kerja-kerja jahitan awal sebelum digunting dan dibentukkan menjadi pemegang periuk panas.
Guru-guru yang mengajar peserta dan menghasilkan kraftangan berasakan seni jahitan.


Semoga para peserta mendapat manfaat sepenuhnya daripada program "Sehari Bermasyarakat" ini .

9 MAC 2012 (Jumaat) - Bengkel Ucap Tama


Tempat : Lecture Room , Kolej MARA Banting
Masa    : 10.30 pagi - 12.00 tengahari

Pada hari Jumaat 9 Mac 2012, Bengkel Ucap Utama telah berlangsung pada jam 10.30 pagi. Para peserta telah dibahagikan kepada 12 kumpulan dan ditempatkan di Lecture Room (LR) yang ditetapkan. Setiap kumpulan diberi tajuk perbincangan yang sama yang berbunyi “Bagaimana hendak menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai qudwah remaja kini?” Pelbagai Resolusi yang bernas dan efektif telah diutarakan dari setiap kumpulan. Mudah-mudahan hasil muafakat ini dapat mengeratkan jalinan ukhwah antara para peserta serta mampu diaplikasikan di kolej-kolej yang terlibat agar dapat melahirkan generasi ulul albab yang mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W.











Para peserta menghantar hasil resolusi dan akan dibentangkan pada Hari Ahad semasa Majlis Penutupan Nadwah Islamiah IPMA 2012.

Friday, March 9, 2012

9 MAC 2012 (Jumaat) - Pertandingan Memasak


Tempat : Khemah , Dewan Selera , Kolej MARA Banting
Masa    : 2.45 - 4.45 petang

Pertandingan memasak telah bermula pada jam 2.45 petang dan berakhir pada 4.45 petang Jumaat, 9 Mac 2012. Kebanyakan peserta kelihatan sudah bersedia dengan bahan dan alatan masakan mereka pada awal  pertandingan.

 Sepanjang perjalanan perjalanan pertandingan memasak ini, para peserta kelihatan sungguh komited dan bersemangat, sekali gus menonjolkan sifat kerjasama mereka dalam pasukan masing-masing.
Tidak lupa juga kepada sukarelawan yang kelihatan amat bersemangat sekali dalam menjalankan tugas masing-masing. Tambahan pula, aroma yang amat menyelerakan dapat dihidu dari sekitar kawasan pertandingan memasak. Sebagai contohnya, masakan Ikan Patin Masak Tempoyak dan Ayam Masak Mangga masakan KPM Indera Mahkota amat menarik perhatian.

 Pada jam 4.30 petang, para peserta kelihatan sungguh sibuk bagi menyelesaikan persiapan terakhir sebelum masakan mereka dipersembahkan kepada para juri professional
kita. Hidangan setiap kolej dihias dengan begitu indah sekali, oleh itu mempamerkan kreativiti anak-anak
MARA. Tahniah diucapkan kerana anda telah berjaya menggamit selera kami! J

Para peserta tekun memasak hidangan menu utama yang berasaskan Ayam .
Kerja-kerja penyediaan makanan dilakukan dengan cermat , lengkap bersama pakaian seorang chef :)
Peserta sedang menyediakan pencuci mulut .
Peserta sedang mengatur dan mengemas hidangan agar cantik dan menarik.


Hasil masakan dari para peserta .

Hidangan dari peserta Kolej MARA Seremban .




Hidangan yang sungguh menyelerakan.


Para Juri sedang merasa setiap hidangan yang disediakan oleh peserta.


Juri-juri mencatat markah untuk para peserta.

Para peserta Kolej-Kolej MARA sungguh berbakat dan hebat-hebat belaka dalam menghasilkan pelbagai jenis masakan rakyat Malaysia . Tahniah !

9 MAC 2012 (Jumaat) - Majlis Ucap Tama

Tempat : Dewan Besar , Kolej MARA Banting .
Masa    : 8.00 - 10. 00 pagi .

Pada Jumaat 9 Mac 2012 tepat jam 9.00 pagi,  Majlis ucaptama telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Besar Kolej MARA Banting menandakan pelancaran Program Nadwah Islamiah IPMA 2012.  Ucaptama bagi Nadwah IPMA  2012 yang bertajuk “Rasulullah s.a.w Qudwah Remaja Kini” telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Nor Salami Masri, Imam Masjid Diraja Sultan Alaudin Kg. Bandar Banting sekaligus merasmikan Program Nadwah Islamiah IPMA 2012. Dalam ucapan tersebut, beliau telah menyingkap sirah Rasulullah S.A.W dari baginda kecil sehingga meningkat dewasa yang sewajarnya dijadikan contoh setiap remaja.


Sempat bermesra bersama para peserta dari kolej lain sementara menunggu pintu dewan dibuka .
Ketibaan masuk para peserta ke Dewan Besar .
Wakil wakil MPP peneraju masa depan kolej . Masing-masing kelihatan kemas dan segak bergaya :)

Sabar menanti ketibaan penceramah .
Bersedia mendengar ceramah .
Para peserta perempuan cantik dan anggun berjalan masuk ke dalam dewan .
Bergambar dulu sebelum mendengar ceramah !
Para tetamu khas .
Penceramah - Yang Berbahagia Ustaz Nor Salami Masri
Para peserta kemas dengan pakaian rasmi rakyat Malaysia - Baju Melayu . 
Terima kasih kepada para guru dan jawatankuasa yang hadir dan menjayakan Majlis Ucap Tama ini .

Sekalung ucapan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini . Terima kasih !


"Rasulullah Qudwah Remaja Kini"