Friday, March 9, 2012

9 MAC 2012 (Jumaat) - Pertandingan Syarahan

Tempat :  LT 1 , Kolej MARA Banting
Masa    :  2.30 petang



Lecture Theatre 1 (LT1) telah menjadi  medan srikandi-srikandi dari Kolej MARA dan Kolej Profesional MARA berentap untuk menyampaikan syarahan yang bertemakan “Rasulullah S.A.W Qudwah Remaja Kini”. Sepanjang lebih kurang 2 jam di dalam LT 1 yang serba dingin ini, para peserta berusaha meyakinkan para juri bahawa tiada contoh teladan di dunia ini yang terbaik untuk remaja selain Rasulullah S.A.W. Ketokohan Rasulullah S.A.W dikupas dengan baik dari aspek kepimpinan, akidah, dan akhlak . Mereka turut menyentuh isu  mengenai  pemilihan  idola remaja masa ini yang memperjuangkan budaya hedonism.  Adakah lagi di dunia ini anak-anak muda yang tidak goyah digertak, tidak takut dibentak oleh musuh-musuh Islam? Polemik inilah yang perlu kita sebagai pemuda-pemudi untuk selesaikan.

Juri pada hari ini: En Jamaluddin bin Hashim (Sek Men Kebangsaan Bt Changgang), Puan Julia binti Hashim (Sek Men Sg Manggis), Ustazah Siti Amnah binti Kasmon (Sek Men Kebangsaan Bt Changgang)

Para Juri sedang menyemak dan meneliti butir peserta dan menentukan markah yang sesuai diberikan kepada syarahan agama yang disampaikan .

Peserta pertama .






Setiap peserta menunjukkan bakat syarahan dan penyampaian syarahan yang baik . Mari kita tunggu keputusan akhir pemenang pertandingan ini pada Hari Ahad . Semoga Berjaya !



No comments:

Post a Comment