Friday, March 9, 2012

9 MAC 2012 (Jumaat) - Majlis Ucap Tama

Tempat : Dewan Besar , Kolej MARA Banting .
Masa    : 8.00 - 10. 00 pagi .

Pada Jumaat 9 Mac 2012 tepat jam 9.00 pagi,  Majlis ucaptama telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Besar Kolej MARA Banting menandakan pelancaran Program Nadwah Islamiah IPMA 2012.  Ucaptama bagi Nadwah IPMA  2012 yang bertajuk “Rasulullah s.a.w Qudwah Remaja Kini” telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Nor Salami Masri, Imam Masjid Diraja Sultan Alaudin Kg. Bandar Banting sekaligus merasmikan Program Nadwah Islamiah IPMA 2012. Dalam ucapan tersebut, beliau telah menyingkap sirah Rasulullah S.A.W dari baginda kecil sehingga meningkat dewasa yang sewajarnya dijadikan contoh setiap remaja.


Sempat bermesra bersama para peserta dari kolej lain sementara menunggu pintu dewan dibuka .
Ketibaan masuk para peserta ke Dewan Besar .
Wakil wakil MPP peneraju masa depan kolej . Masing-masing kelihatan kemas dan segak bergaya :)

Sabar menanti ketibaan penceramah .
Bersedia mendengar ceramah .
Para peserta perempuan cantik dan anggun berjalan masuk ke dalam dewan .
Bergambar dulu sebelum mendengar ceramah !
Para tetamu khas .
Penceramah - Yang Berbahagia Ustaz Nor Salami Masri
Para peserta kemas dengan pakaian rasmi rakyat Malaysia - Baju Melayu . 
Terima kasih kepada para guru dan jawatankuasa yang hadir dan menjayakan Majlis Ucap Tama ini .

Sekalung ucapan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini . Terima kasih !


"Rasulullah Qudwah Remaja Kini"

No comments:

Post a Comment