Tempat : Lecture Room , Kolej MARA Banting
Masa : 10.30 pagi - 12.00 tengahari
Pada
hari Jumaat 9 Mac 2012, Bengkel Ucap Utama telah berlangsung pada jam 10.30
pagi. Para peserta telah dibahagikan kepada 12 kumpulan dan ditempatkan di
Lecture Room (LR) yang ditetapkan. Setiap kumpulan diberi tajuk perbincangan yang
sama yang berbunyi “Bagaimana hendak menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai qudwah
remaja kini?” Pelbagai Resolusi yang bernas dan efektif telah diutarakan dari
setiap kumpulan. Mudah-mudahan hasil muafakat ini dapat mengeratkan jalinan
ukhwah antara para peserta serta mampu diaplikasikan di kolej-kolej yang
terlibat agar dapat melahirkan generasi ulul albab yang mengamalkan sunnah
Rasulullah S.A.W.
Para peserta menghantar hasil resolusi dan akan dibentangkan pada Hari Ahad semasa Majlis Penutupan Nadwah Islamiah IPMA 2012.
No comments:
Post a Comment