Tepat pada pukul 9.00 malam bertempat di Dewan Besar telah diadakan pertandingan dokumentari video pendek bagi setiap kontinjen.Video pendek tersebut haruslah berkisarkan tempat-tempat yang telah mereka lawati dan meluangkan masa selama lebih kurang tujuh jam untuk melakukan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.Kemudian, wakil dari setiap kontinjen harus mengulas kembali video yang telah mereka sunting serta menjawab beberapa soalan yang telah diajukan oleh jemputan khas bagi pertandingan tersebut.Jemputan khas tersebut terdiri daripada wakil ASA Vision iaitu Luqman Al-Jefri bin Talib dan Encik Maz Irwan bin Mohd.Azami dari ASWARA.
Antara penyertaan yang menarik perhatian :
1) Kolej Professional MARA Bandar Melaka (Rumah Anak Yatim Sg.Manggis)
Mereka menyampaikan video yang penuh emosi.
2) Kolek Professional MARA Seri Iskandar (Perusahaan Kerepek Umi)
Walaupun video yang telah disiarkan agak ringkas tapi mempunyai penuh mesej bermakna.
3) Kolej MARA Kulim (Rumah Anak Yatim Baitussakinah Kota Warisan)
Video yang mereka hasilkan berjaya mengusik hati penonton di dewan.
4)Kolej MARA Banting
Video yang sarat dengan mesej keinsafan.
Antara video yang ditayangkan :
Video dari Kolej MARA Seremban.
No comments:
Post a Comment