Saturday, March 10, 2012

10 MAC 2012 (Sabtu) - Program Sehari Bermasyarakat

Seawal 8.00 pagi, semua peserta program Nadwah Islamiah dikehendak berkumpul di Dewan Besar untuk mendengar taklimat program berkaitan 'Sehari Bermasyarakat'.Mereka dipecahkan kepada dua belas kumpulan dan masing-masing dikehendaki untuk berkhidmat di tempat yang berlainan iaitu :


Senarai pusat dan tempat adalah seperti berikut :

1.   KPW Labohan Dagang
2.   Perusahaan Kerepek Umi
3.   Tadika Kemas
4.   Rumah Anak Yatim Sg. Manggis
5.   Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat
6.   Pusat Jahitan Kemas
7.   Puspen AADK
8.   Perusahaan Cendawan
9.   Rumah Anak Yatim Kanchong
10. Baitu Sakinah Kota Warisan
11. Tadika Kota Warisan
12. Dewan Serbaguna Kota Warisan
13. Putrajaya (Presint 8)

Para peserta bersiap sedia untuk menaiki bas menuju ke destinasi yang telah ditetapkan.
Mengira peserta mencukupi di dalam bas dan segala keperluan untuk kerja kemasyarakatan dipastikan dibawa bersama. 
Tiba di destinasi pertama : KPW Labohan Dagang
Perusaha KPW Labohan Dagang memberikan penerangan dan taklimat kepada para peserta.
Hasil kraftangan di oleh para wanita di KPW Labohan Dagang
Bunga yang diperbuat daripada daun pisang yang telah dikeringkan.
Perusaha menunjukkan cara-cara menghasilkan bunga hiasan.
Para peserta tekun meneliti cara-cara agar tidak terdapat kesilapan semasa membuat praktikal.
Langkah awal membuat kerepek : Mengutip ubi dan keledek.
Aksi-aksi peserta semasa kerja-kerja mengutip ubi dan keledek.
Peserta sedang membersihkan ubi yang telah dikupas.
Take Five ! Berhenti bergambar seketika :) 
Perusahaan Cendawan : Peserta sedang memasukkan tanah kompos ke dalam plastik untuk proses pertumbuhan cendawan.
Sungguh tekun dan berhati-hati para peserta menjalan kerja-kerja mereka.
Cendawan telah tumbuh ! Sungguh cantik ciptaan Allah . Subhanallah :)
Tempat penyimpanan dan penumbuhan cendawan .
Peserta melakukan kerja penanaman pula .
Menaburkan pasir kan kompos yang bersesuaian sebelum kerja penanaman dilakukan.


Tempat seterusnya : Pusat Jahitan Kemas . Pengajar memberikan tunjuk ajar dan membuat pemantauan pada hasil jahitan para peserta.
Kerja-kerja jahitan awal sebelum digunting dan dibentukkan menjadi pemegang periuk panas.
Guru-guru yang mengajar peserta dan menghasilkan kraftangan berasakan seni jahitan.


Semoga para peserta mendapat manfaat sepenuhnya daripada program "Sehari Bermasyarakat" ini .

No comments:

Post a Comment