Tempat : Khemah , Dewan Selera , Kolej MARA Banting
Masa : 2.45 - 4.45 petang
Pertandingan memasak telah bermula pada jam 2.45 petang dan berakhir pada 4.45 petang Jumaat, 9 Mac 2012. Kebanyakan peserta kelihatan sudah bersedia dengan bahan dan alatan masakan mereka pada awal pertandingan.
Sepanjang perjalanan perjalanan pertandingan memasak ini, para peserta kelihatan sungguh komited dan bersemangat, sekali gus menonjolkan sifat kerjasama mereka dalam pasukan masing-masing.
Tidak lupa juga kepada sukarelawan yang kelihatan amat bersemangat sekali dalam menjalankan tugas masing-masing. Tambahan pula, aroma yang amat menyelerakan dapat dihidu dari sekitar kawasan pertandingan memasak. Sebagai contohnya, masakan Ikan Patin Masak Tempoyak dan Ayam Masak Mangga masakan KPM Indera Mahkota amat menarik perhatian.
Pada jam 4.30 petang, para peserta kelihatan sungguh sibuk bagi menyelesaikan persiapan terakhir sebelum masakan mereka dipersembahkan kepada para juri professional
kita. Hidangan setiap kolej dihias dengan begitu indah sekali, oleh itu mempamerkan kreativiti anak-anak
MARA. Tahniah diucapkan kerana anda telah berjaya menggamit selera kami! J
Para peserta tekun memasak hidangan menu utama yang berasaskan Ayam . |
Kerja-kerja penyediaan makanan dilakukan dengan cermat , lengkap bersama pakaian seorang chef :) |
Peserta sedang menyediakan pencuci mulut . |
Peserta sedang mengatur dan mengemas hidangan agar cantik dan menarik. |
Hasil masakan dari para peserta . |
Hidangan dari peserta Kolej MARA Seremban . |
Hidangan yang sungguh menyelerakan. |
Para Juri sedang merasa setiap hidangan yang disediakan oleh peserta. |
Juri-juri mencatat markah untuk para peserta. |
Para peserta Kolej-Kolej MARA sungguh berbakat dan hebat-hebat belaka dalam menghasilkan pelbagai jenis masakan rakyat Malaysia . Tahniah !
No comments:
Post a Comment